Konsep Bimbingan Dan Kaunseling
Definisi bimbingan dan kaunseling menurut kamus dewan edisi ketiga (1997) adalah perbuatan membimbing, memberi petunjuk atau memimpin seseorang dan orang yang terlibat dalam perbuatan membimbing dikenali sebagai pembimbing. Para psikologi banyak mengemukakan pandangan mereka akan definisi bimbingan dan kaunseling mengikut falsafah dan aliran fahaman masing-masing.
Definisi bimbingan dan kaunseling menurut Othman mohamed (2000) adalah sebahagian dari proses menolong dimana meliputi bagaimana sesuatu arahan diberikan secara tersusun serta mengandungi maklumat yang sesuai. Kebiasaannya ianya merujuk kepada menentukan perkembangan dirinya. Berbagai-bagai pengertian telah diberikan kepada bimbingan. Yang berikut ialah pengertian-pengertian yang berlandaskan tumpuan dan tekanan yang tertentu. Kesemua pengertian tersebut adalah betul dan tiada satu pengertian yang lebih betul jika dibandingkan dengan pengertian lain.
Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian. mengikut Mathewson, Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.
Secara ringkasnya bimbingan kaunseling ini dapat diklasifikasikan dalam beberapa maksud iaitu:
→ Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan klien di dalam bilik yang disediakan khas untuk proses bimbingan.
→ Ianya haruslah dilakukan mengikut etikanya. Ianya demi memelihara hak murid.
→ Proses bimbingan dan kaunseling ini hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan klien.
→ Tindakah susulan hendaklah difikirkan oleh kaunselor selepas proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
2. Meningkatkan kemahiran klien dalam membuat sesuatu keputusan
3.Meningkatkan kemahiran kaunselor dalam mengaplikasi ilmu kaunseling kepada klien
4.Menggalakan klien untuk melaksanakan pemahaman kendiri.
5.Memperbaiki hubungan klien dengan masyarakat disekelilingnya.
(1)Pemilihan kurikulum kerjaya
LATAR BELAKANG TOKOH
Terdapat beberapa proses kaunseling yang perlu dijalankan mengikut prosedur agar klien dapat melakukan pemulihan secara berperingkat. Proses ini kebiasaannya dimulakan dengan sesi membina hubungan antara kaunselor dengan klien. Menurut Brammer(1970), seperti mana yang kita ketahui kaunselor boleh membahagikan proses kaunseling kepada beberapa fasa sewaktu menjalankan proses bimbingan dan kaunseling. Berikut merupakan beberapa proses kaunseling yang perlu dijalankan dengan berperingkat:
Untuk menjadi seorang pakar kaunselor yang bertauliah dan berjaya, seseorang itu hendaklah memahami asas-asas kemahiran dalam bimbingan dan kaunseling. Tanpa kemahiran seseorang itu tidak mampu mengendali klien yang bermasalah dengan baik. Terdapat 4 kemahiran yang perlu dititikberatkan dalam bimbingan dan kaunseling iaitu pra sesi, membina hubungan, penstrukturan dan berkomunikasi. Setiap kemahiran hendaklah dikuasai sepenuhnya oleh seorang kaunselor agar dapat menjadi kaunselor yang bertauliah dalam membantu klien yang bermasalah. Sekiranya kaunselor tidak mempunyai sebarang kemahiran dalam kaunseling, berkemungkinan besar dia akan mengalami masalah ketika sesi kaunseling dengan kliennya berjalan. Oleh itu, kemahiran kaunseling sangat penting kepada kaunselor dalam memastikan keberkesanan bantuan yang diberikan oleh kaunselor tersebut kepada kliennya.
Kesimpulannya, kita sebagai bakal-bakal kaunselor dan pendidik kepada pelajar pada masa akan datang seharusnya bersedia dalam menerapkan kemahiran kaunseling didalam diri agar dapat diaplikasikan kepada pelajar-pelajar pada masa akan datang. Bimbingan dan kaunseling ini sangat penting kepada bakal-bakal guru dan juga pensyarah. Hal ini kerana pada era globalisasi ini, semakin banyak masalah sosial yang berlaku dikalangan anak muda di sekolah khususnya masalah ponteng, merokok, buli dan vandalisme.
1) Ibrahim Ahmad, 2002, Perkhidmata Bimbingan Dan Kaunseling Disekolah Rendah, Percetakan Cergas Sdn Bhd, Kuala Lumpur.
Definisi Mathewson yang telah digunakan oleh Bahagian Perancangan dan Penyelidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia menegaskan peranan penyesuaian. mengikut Mathewson, Bimbingan ialah proses professional yang sistematik bagi menolong individu melalui prosuder pendidikan, dan membuat interpretasi untuk memahami ciri-ciri dan potensinya sendiri dengan lebih baik lagi, serta untuk menghubungkan dirinya dengan lebih baik lagi dengan keperluan, dan peluang sosial mengikut nilai-nilai sosial dan moral.
Secara ringkasnya bimbingan kaunseling ini dapat diklasifikasikan dalam beberapa maksud iaitu:
- Bimbingan ialah suatu proses bantuan yang disediakan kepada individu yang memerlukan panduan kearah pemahaman, pengetahuan dan kemahiran dengan menentukan matlamat jangka pendek atau jangka panjang, merancang cara-cara bertindak dan mengubah tingkah laku ke arah yang lebih baik.
- Kaunseling ialah suatu proses interaksi antara seorang kaunselor yang terlatih dengan seorang individu atau kelompok kecil yang mengalami kekeliruan dan bersama-sama memikirkan beberapa alternatif yang sesuai bagi mengatasi kelkeliruan tersebut seterusnya melaksanakan alternatif yang dipilih.
PERBEZAAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Terdapat beberapa yang dapat dilihat melalui bimbingan dan kaunseling ini. Antaranya dari segi profesional dimana bimbingan melibatkan semua guru yang dianggap sebagai pebimbing kepada para pelajar manakala kaunseling pula memerlukan tauliah, ijazah sarjana muda dalam bidang kaunseling. Proses bimbingan ini dilakukan dimana-mana sahaja tempat tanpa mengira masa dan kaunseling pula mempunyai masa tertentu dengan tempat tertentu yang ditentukan oleh kaunselor itu sendiri.
Bimbingan boleh dilakukan tanpa memerlukan teori dari mana-mana tokoh falsafah mahupun tokoh dalam bidang berkaitan kaunseling. bagi kaunseling pula perlu dilakukan dengan adanya beberapa teori yang ditetapkan oleh tokoh-tokoh terkenal seperti Albert Bandura dalam teori peniruan. Semua orang boleh memberikan bimbingan tidak kira guru mahupun pelajar kerana dalam bimbingan ini adanya kaunseling yang boleh dilakukan. Bagi kaunseling pula hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang berkelayakan sahaja kerana mereka ini memiliki kepakaran dalam bidang kaunseling yang hanya dimiliki oleh beberapa individu yang memiliki sijil sarjana muda dalam bidang kaunseling sahaja.
Matlamat Bimbingan Dan Kaunseling
Bimbingan dan kaunseling ini mempunyai beberapa matlamat yang perlu mereka capai.
Antaranya:
Antaranya:
1) Memberikan sokongan psikologikal dari aspek:
Penyesuaian diri- Disini pelajar akan dibantu oleh guru mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka seperti lokasi-lokasi yang perlu diketahui mereka seperti tandas, kantin, surau, makmal komputer dan lain-lain.
Kesihatan mental- Kesihatan mental disini bermaksud pelajar-pelajar hendaklah berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang gangguan yang boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa untuk menuntut ilmu di sekolah.
Keberkesanan peribadi- Keberkesanan peribadi merupakan aspek yang penting dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya dalam hidup mereka. Hal ini kerana Keberkesanan peribadi murid inilah yang melambangkan sumber semangat mereka untuk berjaya
Penyesuaian diri- Disini pelajar akan dibantu oleh guru mereka untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling mereka seperti lokasi-lokasi yang perlu diketahui mereka seperti tandas, kantin, surau, makmal komputer dan lain-lain.
Kesihatan mental- Kesihatan mental disini bermaksud pelajar-pelajar hendaklah berada dalam keadaan yang sihat tanpa sebarang gangguan yang boleh menyebabkan mereka berasa tidak selesa untuk menuntut ilmu di sekolah.
Keberkesanan peribadi- Keberkesanan peribadi merupakan aspek yang penting dalam diri setiap manusia yang ingin berjaya dalam hidup mereka. Hal ini kerana Keberkesanan peribadi murid inilah yang melambangkan sumber semangat mereka untuk berjaya
2) Membantu klien mengubah tingkah laku kepada kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
* Contohnya: Ali suka berluma secara haram. Kaunseling boleh membantu Ali mengubah tingkah lakunya kepada galakan minatnya seperti berlumba di litar yang disediakan oleh kerajaan
* Contohnya: Ali suka berluma secara haram. Kaunseling boleh membantu Ali mengubah tingkah lakunya kepada galakan minatnya seperti berlumba di litar yang disediakan oleh kerajaan
3) Membantu klien memulakan dan meneruskan perhubungan yang positif dengan orang kelilingnya.
* Contohnya: Ikin merasa marah dan kecewa kepada kawan-kawannya. Kaunseling dapat membantu ikin untuk berkomunikasi dengan kawan-kawannya tentang perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan.
* Contohnya: Ikin merasa marah dan kecewa kepada kawan-kawannya. Kaunseling dapat membantu ikin untuk berkomunikasi dengan kawan-kawannya tentang perasaannya tanpa mengeruhkan keadaan.
4) Membantu klien membuat keputusan dengan lebih rasional.
* Contohnya: Amirul keliru dalam memilih kerjaya bagi masa depannya. Kaunseling membantu amirul untuk mengenali minat dan kerjaya bagi minatnya itu.
* Contohnya: Amirul keliru dalam memilih kerjaya bagi masa depannya. Kaunseling membantu amirul untuk mengenali minat dan kerjaya bagi minatnya itu.
5) Membantu klien mengurus diri dengan lebih efektif apabila dalam kesusahan.
* Contohnya: Syakilla mengalami kecacatan ketika kemalangan dan berasa rendah diri dan tiada harapan untuk maju. Kaunseling dapat membantu syakilla menerima kekurangan sebagai bukan penghalang untuk dia maju.
PRINSIP BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Terdapat pelbagai prinsip-prinsip yang dititikberatkan didalam subjek bimbingan dan kaunseling ini. antaranya:
👍PELUANG👍
→ Setiap murid yang menghadapi masalah harus diberi peluang oleh guru mereka untuk diberi perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tanpa mengira kaum, status sosial, latar belakang agama mahupun kepercayaan.
👍TANGGUNGJAWAB BERSAMA👍
→ Bimbingan dan kaunseling ini merupakan tanggungjawab bersama dimana kerjasama harus wujud bukan sahaja antara kaunselor dan klien yang memerlukan bimbingan malahan juga antara kaunselor dengan pihak sekolah termasuk rakan sejawat dan ibu bapa kepada klien.
👍MENGIKUT PROSEDUR ATAU TATACARA👍
→ Perkhidmatan ini haruslah diuruskan mengikut prosedur dan peraturan atau tatacara yang ditetapkan.
→ Ianya akan menjadi berkesan apabila dirancang secara sistematik dan teratur.
👍HUBUNGAN MESRA DAN KEPERCAYAAN👍
→ Kaunseling ialah interaksi antara klien dan kaunselor
→ Ianya berdasarkan prinsip hubungan mesra, kepercayaan, ikhlas dan jujur terhadap klien.
👍TIADA PAKSAAN👍
→ Bimbingan ini hanya boleh dijalankan kepada klien yang rela menerima teguran dan tidak boleh dipaksa, termasuklah didalam pemilihan tempat untuk perbincangan.
→ Kebiasaannya klien yang rela ditegur akan mencari sendiri kaunselor untuk membimbing mereka berubah menjadi seperti sedia kala.
👍DITEMPAT YANG KHAS👍
→ Sesi kaunseling hanya boleh dijalankan antara kaunselor dan klien di dalam bilik yang disediakan khas untuk proses bimbingan.
→ Contohnya bilik khas yang terdapat disekolah yang tertutup dan tidak boleh didengar oleh orang lain.
👍DIURUS MENGIKUT ETIKA👍
→ Ianya haruslah dilakukan mengikut etikanya. Ianya demi memelihara hak murid.
→ Segala maklumat klien adalah dianggap sulit dan hanya boleh didedahkan kepada pihak bersama membantunya sahaja atas persetujuan klien itu sendiri.
👍DIJALANKAN DALAM SITUASI BERSENDIRIAN👍
→ Proses bimbingan dan kaunseling ini hendaklah dijalankan dalam situasi bersendirian antara kaunselor dan klien.
→ Segala perkara yang dibincangkan haruslah dirahsiakan.
👍MERANCANG TINDAKAN SUSULAN👍
→ Tindakah susulan hendaklah difikirkan oleh kaunselor selepas proses perkhidmatan bimbingan dan kaunseling dijalankan agar memastikan masalah yang dihadapi, sama ada akademik ataupun emosi-sosial, tidak akan timbul semula.
👍DIURUSKAN KAUNSELOR BERTAULIAH👍
→ Perkhidmatan kaunseling hanya boleh dilakukan oleh kaunselor yang bertauliah ataupun guru bimbingan yang terlatih.
→ Ianya orang yang mahir serta berupaya membimbing klien dirinya menyelesaikan masalah dari segi akademik ataupun masalah peribadi klien itu sendiri.
Kepentingan Bimbingan Dan Kaunseling
1. Menyelesaikan konflik yang berlaku kepada individu.
* Setiap individu haruslah menyelesaikan segala komflik yang berlaku dalam diri mereka. Hal ini penting, supaya tidak menganggu perjalanan hidup mereka ke arah yang lebih positif dan produktif. Sebagai contoh, mengambil langkah drastik dengan berjumpa dengan kaunselor untuk mencari jalan penyelesaian bagi setiap konflik yang berlaku dalam hidup.
2. Meningkatkan kemahiran klien dalam membuat sesuatu keputusan
*Perkara ini berlaku dengan jayanya jika klien
sering bertemu dengan kaunselor untuk menetapkan kebenaran atau kesahihan sesuatu keputusan. Tanpa bantuan atau dorongan daripada kaunselor, kemahiran ini tidak dapat dilaksanakan dan hasilnya tidak akan diperoleh.
3.Meningkatkan kemahiran kaunselor dalam mengaplikasi ilmu kaunseling kepada klien
*Perkongsian ilmu itu membawa kepada hikmah dan impak positif kepada kaunselor. Hal ini demikian kerana, setiap kali kaunselor berkongsi jalan penyelesaian kepada klien, Allah akan memperluaskan lagi ilmu pengetahuannya dalam bidang kaunseling dan pengalamannya juga akan bertambah dalam misi menghadapi masalah klien yang lebih mencabar pada masa akan datang.
4.Menggalakan klien untuk melaksanakan pemahaman kendiri.
*Klien yang bertemu dengan kaunselor akan dapat mengenali dirinya sendiri dan boleh menentukan pencapaian yang diingini dalam hidupnya. Selain itu, dapat mengurangkan kebergantungan klien kepada orang lain untuk menghadapi cabaran hidup yang bakal mendatang
5.Memperbaiki hubungan klien dengan masyarakat disekelilingnya.
*Kaunseling boleh mengubah pandangan atau mentaliti klien terhadapasyarakat di luar sana yang menganggap dirinya bermasalah. Oleh hal yang demikian, proses kaunseling membolehkan klien
itu rasa seronok atau selesa dengan masyarakat diseklilingnya terutama sekali keluarga terdekatnya
Hubungan yang baik membolehkan kesejahteraan hidup boleh dicapai oleh semua orang
didunia ini jika pandangan yang positif diaplikasikan dalam hidup.
ETIKA BIMBINGAN DAN KAUNSELING
Etika bermaksud suatu sistem tingkah laku bagi sesuatu pekerjaan. Setuap pekerjaan mempunyai etika tersendiri yang telah ditetapkan sejak awal sesebuah pekerjaan itu ditubuhkan. Dalam bimbingan dan kaunseling terdapat beberapa etika yang digunakan kaunselor atau guru sebagai panduan dalam menjalankan perkhidmatan bimbingan ini. Antara etika yang terdapat dalam bimbingan dan kaunseling ini adalah:
1)Guru tidak mengambil tugas kaunselor
Guru sekolah tidak boleh mengendalikan kaunseling tetapi mereka boleh menggunakan kemahiran yang dipelajari tentang kaunseling untuk membantu pelajar sekolah yang memerlukan bantuan
Guru pebimbing atau penasihat perlu membimbing secara sistematik dan teratur berpandukan kemahiran mereka yang tersendiri maka mereka dapat membantu pelajar yang bermasalah
2)Menjaga kerahsiaan
Kerahsiaan adalah privasi diantara pelajar dan juga kaunselor yang tidak boleh diketahui oleh orang lain melainkan mendapat persetujuan daripada pelajar itu
Ia merupakan janji atau kontrak bagi menghormati privasi klien agar masalah yang dihadapinya tidak diketahui oleh pihak lain agar3)Meneroka pilihan yang sesuai
Dalam proses bimbingan dan kaunseling, kaunselor tidak boleh memberitahu kepada klien apa yang hendak dilakukan, tetapi kaunselor membantu klien itu menghadapi masalah yang dihadapi olehnya
Perkara ini dilakukan bagi mengelakkan klien itu dari bergantung kepada kaunselor. Perkara ini boleh memberikan masalah baharu kepada klien
4)Guru menyedari dan mengendalikan kes-kes mengikut kemampuannya
Adakalanya kaunselor itu sendiri mempunyai masalah yang lebih kompleks berbanding kliennya
Antara masalahnya adalah klien yang depresi, agresif, vandalisme, terlibat dalam penyalahgunaan dadah dan suka menentang pihak berkuasa
5)Klien diberi bantuan dan sokongan secara menyeluruh
Kaunselor hendaklah memberikan tumpuan kepada klien yang bermasalah dan sukar untuk dia hadapinya sendiri
Walaupun tidak mengenali klien itu, apabila dia meminta bantua maka hendaklah kaunselor itu membantu dengan sebaik mungkin
6)Memahami setiap klien adalah berbeza dan unik
Setiap manusia mempunyai kemahiran mereka yang tersendiri, kaunselor haruslah bijak mengetahui setiap kemahiran dan kelemahan kliennya semasa proses bimbingan dijalankan
Kaunselor hendaklah memberikan tumpuan terhadap perbezaan setiap kliennya agar dapat membantunya mengatasi masalah tersebut
7)Menerima klien tanpa syara
Seorang kaunselor yang professional hendaklah menerima sesiapa sahaja klien yang datang untuk menerima rawatan kaunseling
Jika permintaan klien tersebut melebihi kemampuannya, hendaklah diberikan kes klien itu kepada pihak yang lebih mahir
8)Bersifat terbuka dan tidak menghukum
Klien tidak perlu dipaksa untuk memberitahu masalah yang dihadapinya
Mereka jugak tidak boleh dipaksa untuk mendapatkan rawatan kaunseling kerana apabila dipaksa hanya akan menyebabkan mereka makin sukar untuk dibantu
Suasana kerelaan dan kemesraan hendaklah diwujudkan setiap kali adanya sesi bimbingan dan kaunseling diadakan. Ianya bagi memudahkan klien meluahkan perasaannya kepada kaunselor
JENIS PERKHIDMATAN KAUNSELING DI SEKOLAH
Setiap sekolah mempunyai perkhidmatan kaunseling yang tersendiri. Perkhidmatan kaunseling dijalankan bagi mengurangkan tahap masalah yang terjadi disekolah. Ianya juga dijalankan bagi mengubah tingkah laku pelajar yang sering bermasalah kepada pelajar yang baik. Perkhidmatan kaunseling yang dijalankan ini hendaklah bersesuaian mengikut kadar masalah yang banyak berlaku di sekolah itu. Terdapat beberapa perkhidmatan kaunseling yang akan dititikberatkan dan seharusnya dijalankan disetiap sekolah agar masalah sosial di sekolah berkurangan. Antaranya:
(1)Pemilihan kurikulum kerjaya
💗Kurikulum kerjaya ini berfungsi untuk menentukan kerjaya pelajar setelah tamatnya sekolah. Ini dijalankan bagi memberikan keyakinan kepada para pelajar untuk terus berusaha mencapai cita-cita mereka setelah tamat sekolah menengah sebelum menjejakkan kaki ke alam kolej.
💗Antara contoh kurikulum kerjaya adalah inventori minat dan kerjaya, karnival kerjaya dan program pra kolej yang boleh guru adakan di sekolah bagi memupuk semangat untuk mengejar ilmu kedalam diri para pelajar.
💗Program seperti ini kebiasaannya dijalankan pada hari sekolah dimana jika diadakan pada hari cuti kemungkinan kehadiran pelajar adalah sedikit. Oleh itu guru hendaklah memainkan peranan yang penting dalam menguruskan pemilihan kurikulum kerjaya kepada pelajar agar pelajar dapat menanamkan minat untuk mengejar impian mereka dalam menuntut ilmu sehingga ke menara gading seterusnya membanggakan ibu bapa mereka
(2)Kaunseling individu
💗Merupakan perkhidmatan professional yang melibatkan dua orang pihak iaitu kaunselor dan klien dalam satu proses yang berstruktur dan beretika yang bertujuan untuk membantu klien memahami diri dan persekitarannya dan menentukan cara klien bertindak di masa depan
💗Proses yang boleh dijalankan didalam kaunseling individu adalah:
1.persediaan prasesi dan penstrukturan
2.membina hubungan
3.meneroka masalah
4.mengenal pasti masalah
5.memilih atau membincang alternatif
6.mengambil tindakan'
7.menamatkan sesi
💗Tujuan kaunseling individu ini sesuai dijalankan disekolah adalah kerana ianya dapat mewujudkan hubungan yang terbuka antara kaunselor dan juga klien. Sesi kaunseling individu ini hendaklah dijalankan didalam beberapa sesi sahaja iaitu 40minit atau sejam bagi setiap satu sesi.
💗Kaunseling individu ini menitik beratkan perkembangan peribadi klien dimana pada setiap sesi kaunselor perlu sedaya upaya membantu menyelesaikan masalah klien agar dapat melihat perkembangan yang positif didalam diri klien itu.
(3)Kaunseling Kelompok
💗Kaunseling kelompok merupakan sesi pemulihan yang dijalankan secara beramai-ramai ataupun kelompok. Kaunseling ini kebiasaannya dijalankan disekolah dan kelompoknya kebiasaannya dikelaskan mengikut jenis kesalahan atau masalah yang sama seperti ponteng, lemah dalam pelajaran dan sebagainya.
💗Ahli dalam kaunseling kelompok ini mendapat peluang memperkembangkan hak dan autonomi. Disini individu hendaklah berdikari daripada saling bergantung kepada kaunselor. Kaunseling kelompok ini juga dapat mengelakkan hubungan antara kaunselor dan klien yang tidak produktif
💗Sumber maklumat dari ahli-ahli lain dalam kelompok akan menjadi lebih bagus dengan memasukkan persepsi dan cadangan serta pandangan dari semua ahli bukan dari kaunselor sahaja. Sokongan dari ahli juga penting dari pelbagai arah. Hal ini kerana individu boleh belajar memberi sokongan dan membimbing ahli lain dan menerima pandangan dari ahli lain.
💗Pembelajaran secara modelling atau peniruan adalah signifikan dan sesuai dijalankan dalam kaunseling kelompok.
(4)Perkhidmatan pencegahan dadah dan rokok
❤Perkhidmatan pencegahan dadah dan rokok ini kebiasaannya dijalankan disekolah-sekolah menengah yang mana mempunyai masalah sosial yang tinggi. perkhidmatan ini dijalankan dalam beberapa bentuk antaranya kempen kesihatan dan pameran berkaitan bahaya dadah dan rokok ini.
❤Perkhidmatan ini dijalankan di sekolah kerana pada zaman yang maju ini, pelajar-pelajar sekolah mudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh perkara-perkara yang negatif seperti dadah dan rokok ini.
❤Kempen kempen membanteras dadah dan rokok ini hendaklah kerap dilaksanakan di sekolah menengah khususnya bagi mengurangkan masalah sosial dari terus meningkat di sesebuah sekolah. Perkhidmatan ini memerlukan sepenuh tenaga dari guru dan pihak ibu bapa bagi menjayakan kempen membanteras dadah ini kerana jika tidak dilaksanakan kempen seperti ini akan menjadikan masalah dadah dan rokok semakin meningkat.
(5)Perkhidmatan memberikan maklumat
❤Perkhidmatan ini dijalankan di sekolah menengah dan sekolah rendah. kebiasaannya guru kaunseling akan memberikan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi pelajar. Cara mudah untuk menghadapi pelajar bermasalah seperti ini adalah dengan memberikan maklumat akan kesan baik dan buruk masalahnya itu. dengan ini akan membuatkan pelajar yang bermasalah itu menyedari akan kesalahan yang dilakukannya dan berubah menjadi lebih baik.
❤Terdapat pelbagai cara untuk memberikan maklumat. Sama ada menggunakan media cetak seperti kertas atau pun poster. selain itu, guru juga boleh menggunakan media masa seperti internet dengan mengiklankan maklumat itu di laman sesawang yang berkaitan.
❤Dengan cara ini, guru dapat menyelesaikan serta membantu pelajar yang bermasalah memperbaiki diri dan kelemahan mereka. Hal ini keran pelajar bermasalah seperti ini memerlukan perhatian yang penting kerana tanpa perhatian daripada kita akan membuatkan mereka makin bermasalah
TEORI KAUNSELING ALBERT BANDURA
LATAR BELAKANG TOKOH
-Albert Bandura dilahirkan di Mundare Northern Alberta Kanada
-Dilahirkan pada 04 Disember 1925
-Masa kecil dan remajanya dihabiskan di desa kecil dan juga mendapat pendidikan disana
-Mendapat pendidikan di Universiti of British Columbia
-Kemudian, beliau melanjutkn pelajaran ke Universiti Iowa dan di sini beliau banyak dipengaruhi oleh Kenneth Spence, seorang pakar psikologii pembelajaran yang terkenal.
-Pada tahun 1949, beliau mendapat pendidikan di Universiti British Columbia dalam jurusan psikologi.
-Dia memperoleh gelaran Master didalam bidang psikologii pada tahun 1951 dan setahun kemudian ia juga meraih gelaran doktor (Ph.D).
-Bandura menyelesaikan program kedoktorannya dalam bidang psikologii klinik pada tahun 1952
-Selain itu, dalam tahun 1952 selepas mendapat gelaran ph.D, Albert Bandura telah menamatkan praktiukum di wichita guidance centre dan seterusnya dilantik sebagai tenaga pengajar di Universiti Stanford.
-Pada tahun 1964, Albert Bandura telah dilantik sebagai professor dan Seterusnya menerima anugerah American Psychological Association utk Distinguished scientific contribution, pada tahun 1980.
-Albert Bandura sangat terkenal dengan teori pembelajaran sosial (Sosial Learning Theory), salah satu konsep dalam aliran behaviorisme yang menekankan pada komponen kognitif dari pemikiran, pemahaman dan evaluasi.
KONSEP TEORI ALBERT BANDURA
❤Teori pemodelan ini merupakan proses belajar seseorang murid yang dijalankan melalui observasi dimana guru akan dijadikan model yang akan ditiru oleh pelajar. Disini pelajar akan meniru semua pergerakan yang dilakukan oleh guru tidak kira baik atau buruk. Hal ini kerana teori ini menganalisis eksperimen pengaruh model yang dijalankan oleh albert bandura dengan menjalankan eksperimen keatas seorang kanak-kanak. Disitu bandura telah menayangkan sebuah video dimana terdapat seorang wanita yang diletakkan didalam sebuah bilik bersama satu patung bobo.
❤Kemudiannya wanita itu dilihat memukul menumbuk menendang dan menjerit kepada patung bobo itu. Sepanjang video tersebut diperhatikan oleh kanak-kanak tersebut.
❤Seterusnya bandura melihat kanak-kanak tersebut melakukan perkara yang sama seperti didalam video yang ditayangkan tadi.
❤Teori ini disebut juga sebagai teori observasional atau teori belajar dari model. teori ini telah diperkembangkan oleh bandura sendiri pada tahun 1986. Teori ini menekankan bahawa sebahagian besar manusia belajar melalui pengamatan secara selektif dan mengingat tingkah laku seseorang. inti dari teori pembelajaran sosial adalah peniruan atau modelling.❤Bandura telah mengidentifikasi 3model dasar pembelajaran observasional ini iaitu:
-Model hidup (bertindak keluar perilaku)
-Pembelajaran verbal (penjelasan perilaku)
-Model simbolik karakter yang sama dengan di fiksi (tv,filem,komik,kartun)
❤Menurut bandura perlakuan seseorang adalah hasil interaksi faktor dalam diri (kognitif) dan lingkungan. Terdapat beberapa unsur dalam Peniruan iaitu:
→Perhatian (Memperhatikan tingkah laku objek)
→Mengingat (Merekod dalam ingatan)
→Reproduksi (Menunjukkan Kemampuan)
→Motivasi (Penggerak individu)
APLIKASI TEORI PEMODELAN DALAM BILIK DARJAH
Jenis peniruan
|
Contoh
|
Secara langsung
|
Meniru gaya komunikasi guru yang bersopan santun
|
Secara tidak langsung
|
Meniru gaya lompatan “Ninja turtle” di dalam kelas pjk untuk lompat tinggi
|
Gabungan
|
Tiru cara guru dan pemain bola sepak antarabangsa menyepak bola
|
Sekat laluan
|
Memakai baju berfesyen untuk ke majlis graduasi sekolah
|
Tak sekat laluan
|
Tiru aplikasi kita semula bahan buangan
|
terbaikk bukan senang nk cari blog yg ada skli ngn rujukan
ReplyDelete